(Lokasi:Jeniang,Kedah)
"Alhamdulillah,ucapan tahniah kepada sahabatku Rizal Mat Saad kerana telah selamat diijabkabulkan pada 13.6.2010 yang lalu.Didoakan hidup bahagia sampai ke anak cucu.Amin ya Rob...."
.
Begitulah ucapan yang selalu kita ucapkan kepada saudara seagama kita apabila tiba hari perkhawinan.Dari raut wajah sahabatku ini jelas menunjukkan dia sangat gembira pada hari tersebut.Salah satu dari rukun kehidupan islami telah berjaya di'setel'kannya.Mungkin juga kerana kenikmatan dan ganjaran pahala yang bakal dikecapinya.Benarlah "khawin itu sama seperti membina masjid" ,aku tidak pasti pepatah ini hadis atau hanya sekadar kata2 pujangga melayu lama,tetapi kata2 tersebut boleh diqiaskan yang mana perkhawinan itu satu sunnah bagi setiap muslim dan diberi ganjaran yang besar dari Allah SWT kepada pelakunya.
Perkhawinan adalah impian setiap insan yang berstatus "si bujang".Impian yang memerlukan pengorbanan bagi mereka2 yang hidup dalam era kapitalis ini.Yang memerlukan seseorang itu sampai pada maqam yang membenarkan dia berkhawin.Hinggakan ada yang terseksa fizikal dan mental memikirkan 'benda alah ni'.Inilah kehidupan kapitalis.Tanpa material tiada erti kebahagiaan.Hinggakan 'si bujang' td terpaksa berhempas pulas siang dan malam bagi mencapai maqam tersebut.Dan ada yang terbabas sebelum sempat sampai ke maqam yang dihajatinya itu.Inilah realiti yang berlaku pada ikhwan kita pada hari ini.
Menjadi budaya masyarakat melayu perkhawinan wajib dibuat kenduri yang besar2,paling lekeh seekor lembu perlu ditumbangkan,itu belum bab akad nikahnya lagi,akad perlu bersalam,dibuat dimasjid,lafaz akad mesti ikut bahasa sanskrit lama,saksi plak ada kuasa menjatuhkan hukum 'tidak sah'...kadang2 dipermainkan plak si pengantin dengan disuruh 'ulang lafaz' banyak kali.Hantaran seolah2 diwajibkan.Mas khawin atau mahar pulak seperti bayaran beli tiket wayang je.Bertentangan dengan apa yang disunnahkan yakni nabi menyuruh kita memberi mahar yang tinggi kerana mahar itu adalah milik mutlak pengantin perempuan.Ritual agama Hindu seperti bersanding dan renjis air mawar seperti sukar dibuang.Begitulah kita dalam memahami sunnah Rasulullah.
2 comments:
kahwin sgt2 besh!
gegege
kalau xbest sume org xnak khawin..ko pun silap2 xwujud kat dunia ni..
Post a Comment