Sunday 18 July 2010

Demokrasi menipu lagi...

Tamatlah sudah forum wacana perdana bertajuk bolehkah melayu bersatu,sebuah forum yang mungkin ditunggu-tunggu oleh penganut agama demokrasi ,forum yang  sebenarkan bukan mencari penyelesaian terhadap perpecahan umat islam tetapi sebuah platform untuk mereka menyemarakkan api asobiyah(perkauman) sesama mereka,masing-masing kekal dengan prinsip kepartian ,mereka seolah-olah telah dirasuk oleh hantu-hantu demokrasi agar terus menerus mempertahankan agama yang sesat lagi menyesatkan ini.Aku mintak maaf jika bahasa yang aku gunakan ini agak kasar tetapi itulah realiti dan fakta yang patut diakui oleh setiap insan yang berpegang dengan tali Allah.

Demokrasi bukan solusi sebenar dalam menegak agama Allah ini.Demokrasi adalah fitnah yang diciptakan oleh musuh-musuh islam dalam mengawal kebangkitan umat islam.Mungkin ada yang berkata siapalah aku ini untuk bercakap hal-hal besar seperti ini,Ya!memang benar aku hanyalah seekor 'semut' dicelahan ribuan 'gajah' tetapi sedarlah gajah tak pernah membuat sarang sehebat semut!Jangan menjadikan akal yang diberi Allah itu sekadar untuk berfikir bagaimana untuk merealisasikan setiap agenda yang datang dari musuh umat islam itu tetapi jadikanlah akal itu untuk memahami ajaran sebenar agama ini dengan lebih bersih dari campur tangan pihak luar yang kufur itu.Kita selalu bercakap bidaah dalam soal agama,dalam ibadat contohnya,begitu teliti jika amalan ibadat tidak mengikut salafulsoleh tetapi jarang bercakap soal hendak mengikut salafulsoleh  dalam pemerintahan dan kehidupan harian.Lihatlah bagaimana kita mempergadaikan akidah demi agama demokrasi ini,kesyirikan yang jelas didepan mata langsung tidak diambil endah oleh majoriti umat islam.Kita lebih percayakan akal manusia lebih dari Allah swt.

''Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.''
(at-Taubah:31)



Apabila diselidik  latar belakang setiap ahli panel ternyata mereka bukanlah calang-calang orang,mempunyai phd dan pernah belajar diuniversiti yang hebat,tetapi sayang idea dan pendapat yang disampaikan mereka tak sehebat namanya,masih lagi dengan semangat asobiyah terhadap parti masing-masing,maka perpecahan baru mula terbentuk tanpa mereka sedari,perpecahan keatas orang awam yang hanya tahu memandang lambang atau simbol bukan pada ilmu dan pemikiran.Hanya tahu menelan dengan emosi!firman Allah:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”
[al-An'am:116]

Aku tertarik dengan kata-kata Dr Asri,satu-satu ahli panel yang bagi aku tidak memihak dengan mana-mana parti.Hujah beliau juga amat profesional,sesuai dengan 'title' yang dimilikinya.Antara yang dipersoalkan adalah kenapa mereka(pejuang demokrasi) ini ingin sangat melayu bersatu?(apa lagi menggigil la sorang-sorang nak jawab..mungkin baru sedar kot yang mereka selama ni sebenarnya hanya perjuangkan nasib parti lebih daripada perpaduan melayu ,hanya parti!,yelah kalau sebab melayu kenapa isu kat selatan Thailand masih lagi tak selesai sampai sekarang,tidakkah mereka juga melayu!?)apa ada dengan melayu jika otaknya bukan lagi melayu,adakah dengan hanya status melayu didalam mykad maka mereka layak dipanggil melayu?tak pernahkah mereka terfikir jurang cina dan india yang memeluk melayu(islam) itu juga perlu disatukan....?Dimana semangat ukhwah kita jika hanya tahu bercakap soal bangsa sendiri sedangkan hubungan seakidah itu yang sewajibkan diberi keutamaan.

Lihatlah bagaimana sistem kufur ini memecahbelahkan umat.Demokrasi,Nasionalisme,Sekularisme dan pelbagai lagi fahaman kotor yang sekian lama dipertahankan oleh bangsa melayu itu akhirnya memakan diri mereka sendiri,fahaman yang hanya ingin melihat kita berpecah daripada menjadi umat yang satu.Rujuk syeikh imran hosein berkenaan isu demokrasi ini.

Apa yang aku tulis ni sekadar sebagai pembuka selera untuk kita lebih mengfokuskan nilai-nilai islam dalam pemikiran kita.Bukan untuk menafikan fakta atau menolak bulat-bulat hujah orang lain tanpa ilmu.Setiap orang berhak untuk memberi pendapat masing-masing dan ini adalah pendapat aku,yang aku pegang.Jadi tidak timbul isu mengkafir atau menyesatkan seseorang atau gerakan disini.Aku tidak kisah jika orang kata aku syok sendiri bercakap hal yang diluar bidang dan kemampuan.Ya mungkin benar tetapi itulah aku.Biar pun tidak layak dipanggil pemikir sekurang-kurangnya apa aku katakan ini dapat membuka fikiran anda untuk memcari idea yang lebih baik lagi daripada ini.Sebab manusia berfikir diatas maklumat awal yang ia terima.Jika otaknya kosong tanpa maklumat maka manusia itu akan terus buntu untuk berfikir lebih jauh,berfikir akan masalah ummat.

Kesimpulannya demokrasi boleh diibaratkan seperti virus dalam sistem yang kita amalkan ini.Selagi virus ini wujud selagi itulah kita akan terus berpecah.Sekadar pandangan.Wallahualam....

Monday 12 July 2010

'Mereka' Mencuri Umurku

Kata P.Ramlee barang yang lepas jangan dikenang tetapi bagiku setiap detik yang lepas itu membuat aku semakin menyesal dengan diriku,menyesal dengan apa yang telah aku lakukan.Kerana apabila difikirkan kembali dengan umur yang dianugerahkan Allah Azza Wa Jall ini aku keliru apakah tujuan aku hidup dibumi tuhan ini sebenarnya.Adakah sekadar menghabiskan masa-masa yang diberikanNya dengan melakukan apa yang orang lain lakukan?Seolah-olah aku ini hamba kepada makhluk yang juga sama lemah seperti aku.Tidak!Aku bukan hamba manusia tidak juga hamba kepada sistem ciptaan manusia ini.

Tetapi bagaimana aku harus keluar dari daerah yang hanya fikirkan manfaat kepada 'mereka' lalu dengan rakusnya 'mereka' terus-terusan melanyak tenaga dan mentalku ini?Adakah perlu aku menjadi seperti sufi yang mengambil sikap melarikan diri dari kehidupan dunia dan memikirkan dunia selepas mati sahaja?Tidak!bukan itu matlamat tuhan menghidupkan aku dimuka bumi ini.Jika itu yang tuhan inginkan maka tidak perlu Muhammad bin Abdullah nabi kita yang kita kasihi itu bersusah payah menyebarkan risalah tuhannya ke sekelian alam ini.

''Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)''An-Nisaa' :75

Semenjak jatuhnya kehidupan islam dibawah payung seorang khalifah dunia ini seakan-akan membenci ummatMu Ya Allah.Setiap muslim bagi 'mereka' hanya seperti binatang peliharaan yang mana 'mereka' perlu bijak menjinakkannya lalu mereka menunggangnya tanpa langsung ada nilai manusiawi.

Monday 5 July 2010

Al-Aqsa Melambaimu...



Dimana lelaki?
Dimana tentera?
Dimana mujahiddin yang berjuang dijalan Allah?
Dimana negara khilafah?

Wahai muslimin...

Aku mendengar banyak suara,
Tetapi aku tidaj melihat sebarang tindakkan...

Masjid Aqsa berkata:
Sesungguhannya mimbarku mngerang kesakitan oleh khutbah yang tidak bermakna dan tidak aku perlukan...

Dimana hakim yang bernama muhibbudin,
Ibni Zakiyuddin yang memulakan khutbah pembebasanku dari tentera salib.........

Friday 18 June 2010

Perkhawinan Dan Melayu

(Lokasi:Jeniang,Kedah)

"Alhamdulillah,ucapan tahniah kepada sahabatku Rizal Mat Saad kerana telah selamat diijabkabulkan pada 13.6.2010 yang lalu.Didoakan hidup bahagia sampai ke anak cucu.Amin ya Rob...."
.
Begitulah ucapan yang selalu kita ucapkan  kepada saudara seagama kita apabila tiba hari perkhawinan.Dari raut wajah sahabatku ini jelas menunjukkan dia sangat gembira pada hari tersebut.Salah satu dari rukun kehidupan islami telah berjaya di'setel'kannya.Mungkin juga kerana kenikmatan dan ganjaran pahala yang bakal dikecapinya.Benarlah "khawin itu sama seperti membina masjid" ,aku tidak pasti pepatah ini hadis atau hanya sekadar kata2 pujangga melayu lama,tetapi kata2 tersebut boleh diqiaskan yang mana perkhawinan itu satu sunnah bagi setiap muslim dan diberi ganjaran yang besar dari Allah SWT kepada pelakunya.

Perkhawinan adalah impian setiap insan yang berstatus "si bujang".Impian yang memerlukan pengorbanan bagi mereka2 yang hidup dalam era kapitalis ini.Yang memerlukan seseorang itu sampai pada maqam yang membenarkan dia berkhawin.Hinggakan ada yang terseksa fizikal dan mental memikirkan 'benda alah ni'.Inilah kehidupan kapitalis.Tanpa material tiada erti kebahagiaan.Hinggakan 'si bujang' td terpaksa berhempas pulas siang dan malam bagi mencapai maqam tersebut.Dan ada yang terbabas sebelum sempat sampai ke maqam yang dihajatinya itu.Inilah realiti yang berlaku pada ikhwan kita pada hari ini.

Menjadi budaya masyarakat melayu perkhawinan wajib dibuat kenduri yang besar2,paling lekeh seekor lembu perlu ditumbangkan,itu belum bab akad nikahnya lagi,akad perlu bersalam,dibuat dimasjid,lafaz akad mesti ikut bahasa sanskrit lama,saksi plak ada kuasa menjatuhkan hukum 'tidak sah'...kadang2 dipermainkan plak si pengantin dengan disuruh 'ulang lafaz' banyak kali.Hantaran seolah2 diwajibkan.Mas khawin atau mahar pulak seperti bayaran beli tiket wayang je.Bertentangan dengan apa yang disunnahkan yakni nabi menyuruh kita memberi mahar yang tinggi kerana mahar itu adalah milik mutlak pengantin perempuan.Ritual agama Hindu seperti bersanding dan renjis air mawar seperti sukar dibuang.Begitulah kita dalam memahami sunnah Rasulullah.

Dimana salahnya?mungkin itu adalah perkara biasa bagi kebiasaan kita.Atau mungkin kebiasaan itu hanyalah satu program yang memerlukan kita melakukan post mortem atau tahqiqul manat untuk mengali sedalam-dalamnya akan kesalahan programmingnya...

Monday 7 June 2010

Freemasonary Dan Gerakan Islam


(Lokasi:Johor Bharu-map)

Mungkin ramai yang pernah nampak bangunan lama ni.Lebih dikenali sebagai Lodge Hall atau 'rumah hantu'.'Port' anjing2 dajjal( freemasonary) laknatullah berjumpa,berbincang dan merancang untuk menjauhkan umat islam dari kehidupan islam.Gambar ini aku tangkap ketika hari pertama aku sampai Johor..haha excited tul aku.Aku taknak cerita panjang pasal bangunan ni sebab maklumat tentang freemasonary dah bersepah member2 kita discuss dalam forum2 di internet.Jadi faham2 sendiri lah apa nak buat.....
.
Seperti yang kita tahu fremasonary ni dah wujud semenjak zaman firaun lagi.Selepas sekian lama agenda yahudi pun mula bertebaran di atas muka bumi Allah ni.Fitnah demi fitnah ditujukan kepada umat islam.
.
Antara fitnah terbesar umat islam yang kesannya terasa sampai hari ini ialah:
1.Permusuhan antara pengikut isteri nabi Aisyah r.a dengan pengikut Saidina Ali atau dikenali sebagai syiah sebenarnya takkan berlaku jika tidak didalangi oleh seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba'.
.
2.Kejatuhan kerajaan islam terakhir iaitu Turki Uthmaniyah pada tahun 1924 oleh tangan anak dajjal yang berdarah yahudi yakni
Mustapa Kamal Atartuk.Mustapa Kamal berpangkat 33,pangkat tertingi dalam freemasonary.Khalifah terakhir yang kita sayangi Abdul Hamid II digulingkan.
.
3.Wilayah2 islam termasuk nusantara yang ketika dahulunya bersatu dibawah seorang khalifah kini dipecah perintahkan menjadi negara2 kecil(Nation State).Umat tak lagi merasa indahnya kehidupan islam dibawah Daulah Islamiyah.Fahaman2 kotor yahudi mula menyusup masuk kedalam wilayah2 islam.Al-quran dan Kitab Hadis dianggap buku2 lama yang tak mendatangkan faedah bagi kemajuan umat pada zaman ini.Segala apa yang datang dari barat dianggap hebat dan moden.
.
Kemerosotan cara berfikir umat berputik dengan pantasnya di kalangan umat.Apa yang dahulunya dikatakan api kini telah menjadi air.Sehinggakan ulama2 yang dikatakan pewaris nabi pun 'pening' untuk memutuskan sesuatu hukum untuk fahaman2 baru yang sebelum ini amat asing dalam daulah islam itu sendiri.Maka mulalah ijtihad2 yang aneh difatwakan.Kemewahan dan pangkat menghayalkan mereka.Mulut mereka seperti dikunci dari berkata benar.
.
Konsep pemerintah asing ini disebatikan dengan berkesan dan sistematiknya oleh gerakan yahudi ini.Demokrasi,Nasionalisme,Hak Asasi Manusia,Patriotisme dan banyak lagi istilah2 baru meracuni umat.

Lebih menyedihkan ada gerakan islam yang atas nama kemaslahatan tergamak menggunapakai fahaman dajjal ini kononnya sebagai 'alat' .Jadi mulalah dalil2 yang entah mana dikutip dijadikan hujah bagi menghalalkan fahaman ini untuk menegakkan kembali apa yang mereka katakan 'Negara Islam'.Maka orang awam pun mula keliru dan payah untuk mengambarkan apakah Negara Islam itu.Islam yang dulu dikatakan matlamat kini menjadi alat.Pengikut2 yang fanatik itu pun berfikir dengan emosi tanpa ilmu.Mereka bermati-matian bertaqlid buta terhadap ketua mereka melebihi Rasulullah.Niat yang awalnya baik untuk menegakkan islam kini dicalitkan dengan najis2 kebencian sesama umat.Perpecahan berlaku.Biar apapun terjadi asalkan parti 'islam' mereka menang.Prinsip parti yang mereka bangga2kan itu mereka biarkan menjadi bahan sejarah.Lebih menyedihkan lagi ada yang menyalahguna makna jihad fisabilillah,lalu sanggup bertindak diluar batas kemanusian.Ketawa dan menarilah sang yahudi dengan kebodohan umat islam ini.
.
Bukan niat aku untuk membuat provokasi terhadap gerakan2 ini.Tetapi itulah realiti apabila sesuatu gerakan islam berjuang tanpa jalan yang betul.Fikrah pengikut dididik dengan sekularisme dan kapitalisme.Tariqah yang hendak digunakan juga tidak jelas dan tidak mencapai standart yang diperintakanNya.Sumber hukum yakni Quran,sunnah,ijma' sahabat dan qias kini hanya berlegar dimasjid-masjid sahaja.Majlis ilmu sekadar tempat lepak untuk kaki-kaki masjid menghabiskan sisa-sisa hidup.Ilmu yang disampaikan terus-menerus membeki disitu.Habis je kuliah semua terus pulang tanpa membawa satu pemikiran baru untuk diterapkan kepada diri dan orang lain.Itulah yang berlaku semenjak kejatuhan khilafah islam yang terakhir.

Bangunlah wahai saudaraku,buanglah sejauh2nya fahaman yahudi yang menjadi duri dalam daging dari diri kalian.Tinggalkan kapitalis yang jelas merosakkan kehidupan umat ini.Jangan sampai generasi kemudian mengutuk kalian disebabkan kebodohan kalian menghidu bau racun hasil tangan yahudi laknatullah ni.Jika kalian berkeras mengatakan fahaman2 ini benar maka tidak ada bezalah kalian dan freemasonary yang kalian bencikan itu.Bersatulah atas nama islam secara kaffah.

Sunday 30 May 2010

Masjid Abu Bakar Dan Non Muslim

(Lokasi:Masjid Abu Bakar,Johor Bharu)

Kompius aku tengok notice board ni,salah ke non muslim masuk masjid,apa ruginya pada pihak masjid,nak kata takut kecurian..rasanya org islam lagi ramai kot kat dalam penjara tuh!

Benarkah islam melarang bukan islam masuk masjid?mana dalilnya!?amat memalukan masjid yang dibanggakan rakyat Johor dengan seni bina kerajaan Turki Uthmaniyah ini kini 'menutup pintu' untuk bukan islam mendekatinya..come on la..nilah salah satu faktor islam lambat berkembang kat Malaysia ni..berikut petikan dari web uzar berkenaan larangan non muslim masuk masjid.

Sudah 53tahun wilayah islam ini 'berdikari' tanpa bantuan British(merdeka?) tetapi non muslim masih lagi 'blur' tentang agama wahyu ini.Sepatutnya makin hari mereka semakin faham islam tetapi ini tak semakin hari semakin bermusuh pulak mereka dengan kita.Jelaslah disini keberdikarian pemerintah kita hari inilah yang menyebabkan semua ini berlaku.Ketidakfahaman non muslim tersebut sengaja dibiarkan mereka.

Inikah yang dikatakan 'negara islam' sebagaimana yang pemerintah kita labelkan?atau negara yang islamnya hanya untuk mengambil hati penduduk majoriti(melayu) sedangkan nilai islamnya langsung tidak menampakkan hal tersebut?

Ah long Dan Muslim

.
(Lokasi:Taman Cahaya Masai,Pasir Gudang)
Nah,pinjaman khas untuk islam plak dah?tak taula siapa dalang disebalik iklan ini..mungkin PUSAT ZAKAT kot..!
.
Beginilah kedaan umat hidup didalam daulah kufur,ekonomi acuan kapitalis menyebabkan umat semakin terbeban dengan hutang,hinggakan 'pak lebai' pun sanggup pinjam bank untuk hidup,kononnya kemaslahatan dibenarkan syarak..walaupun islamic bank cuba untuk keluar dari sistem ini tapi hakikatnya islamic bank tak dapat lari sepenuhnya..bank adalah sesuatu yang asing dalam islam..Bank Islam mengatakan transaksinya tidak riba,tetapi bayaran balik dan pelbagai syarat yang dikenakan masih lagi membebankan umat!!
.
Ketika daulah islamiyah hanya baitulmal yg mengurus ekonomi umat..perlu ditekankan konsep baitulmal tidak sama dengan bank yang ada sekarang ni...rujuk:
..ermmm riba tetap riba 'pak lebai' oi..
.
Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah,
Nabi bersabda bermaksud :"Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba."
Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?."
Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya."
.
..renungkanlah!