Sunday, 18 July 2010

Demokrasi menipu lagi...

Tamatlah sudah forum wacana perdana bertajuk bolehkah melayu bersatu,sebuah forum yang mungkin ditunggu-tunggu oleh penganut agama demokrasi ,forum yang  sebenarkan bukan mencari penyelesaian terhadap perpecahan umat islam tetapi sebuah platform untuk mereka menyemarakkan api asobiyah(perkauman) sesama mereka,masing-masing kekal dengan prinsip kepartian ,mereka seolah-olah telah dirasuk oleh hantu-hantu demokrasi agar terus menerus mempertahankan agama yang sesat lagi menyesatkan ini.Aku mintak maaf jika bahasa yang aku gunakan ini agak kasar tetapi itulah realiti dan fakta yang patut diakui oleh setiap insan yang berpegang dengan tali Allah.

Demokrasi bukan solusi sebenar dalam menegak agama Allah ini.Demokrasi adalah fitnah yang diciptakan oleh musuh-musuh islam dalam mengawal kebangkitan umat islam.Mungkin ada yang berkata siapalah aku ini untuk bercakap hal-hal besar seperti ini,Ya!memang benar aku hanyalah seekor 'semut' dicelahan ribuan 'gajah' tetapi sedarlah gajah tak pernah membuat sarang sehebat semut!Jangan menjadikan akal yang diberi Allah itu sekadar untuk berfikir bagaimana untuk merealisasikan setiap agenda yang datang dari musuh umat islam itu tetapi jadikanlah akal itu untuk memahami ajaran sebenar agama ini dengan lebih bersih dari campur tangan pihak luar yang kufur itu.Kita selalu bercakap bidaah dalam soal agama,dalam ibadat contohnya,begitu teliti jika amalan ibadat tidak mengikut salafulsoleh tetapi jarang bercakap soal hendak mengikut salafulsoleh  dalam pemerintahan dan kehidupan harian.Lihatlah bagaimana kita mempergadaikan akidah demi agama demokrasi ini,kesyirikan yang jelas didepan mata langsung tidak diambil endah oleh majoriti umat islam.Kita lebih percayakan akal manusia lebih dari Allah swt.

''Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.''
(at-Taubah:31)



Apabila diselidik  latar belakang setiap ahli panel ternyata mereka bukanlah calang-calang orang,mempunyai phd dan pernah belajar diuniversiti yang hebat,tetapi sayang idea dan pendapat yang disampaikan mereka tak sehebat namanya,masih lagi dengan semangat asobiyah terhadap parti masing-masing,maka perpecahan baru mula terbentuk tanpa mereka sedari,perpecahan keatas orang awam yang hanya tahu memandang lambang atau simbol bukan pada ilmu dan pemikiran.Hanya tahu menelan dengan emosi!firman Allah:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”
[al-An'am:116]

Aku tertarik dengan kata-kata Dr Asri,satu-satu ahli panel yang bagi aku tidak memihak dengan mana-mana parti.Hujah beliau juga amat profesional,sesuai dengan 'title' yang dimilikinya.Antara yang dipersoalkan adalah kenapa mereka(pejuang demokrasi) ini ingin sangat melayu bersatu?(apa lagi menggigil la sorang-sorang nak jawab..mungkin baru sedar kot yang mereka selama ni sebenarnya hanya perjuangkan nasib parti lebih daripada perpaduan melayu ,hanya parti!,yelah kalau sebab melayu kenapa isu kat selatan Thailand masih lagi tak selesai sampai sekarang,tidakkah mereka juga melayu!?)apa ada dengan melayu jika otaknya bukan lagi melayu,adakah dengan hanya status melayu didalam mykad maka mereka layak dipanggil melayu?tak pernahkah mereka terfikir jurang cina dan india yang memeluk melayu(islam) itu juga perlu disatukan....?Dimana semangat ukhwah kita jika hanya tahu bercakap soal bangsa sendiri sedangkan hubungan seakidah itu yang sewajibkan diberi keutamaan.

Lihatlah bagaimana sistem kufur ini memecahbelahkan umat.Demokrasi,Nasionalisme,Sekularisme dan pelbagai lagi fahaman kotor yang sekian lama dipertahankan oleh bangsa melayu itu akhirnya memakan diri mereka sendiri,fahaman yang hanya ingin melihat kita berpecah daripada menjadi umat yang satu.Rujuk syeikh imran hosein berkenaan isu demokrasi ini.

Apa yang aku tulis ni sekadar sebagai pembuka selera untuk kita lebih mengfokuskan nilai-nilai islam dalam pemikiran kita.Bukan untuk menafikan fakta atau menolak bulat-bulat hujah orang lain tanpa ilmu.Setiap orang berhak untuk memberi pendapat masing-masing dan ini adalah pendapat aku,yang aku pegang.Jadi tidak timbul isu mengkafir atau menyesatkan seseorang atau gerakan disini.Aku tidak kisah jika orang kata aku syok sendiri bercakap hal yang diluar bidang dan kemampuan.Ya mungkin benar tetapi itulah aku.Biar pun tidak layak dipanggil pemikir sekurang-kurangnya apa aku katakan ini dapat membuka fikiran anda untuk memcari idea yang lebih baik lagi daripada ini.Sebab manusia berfikir diatas maklumat awal yang ia terima.Jika otaknya kosong tanpa maklumat maka manusia itu akan terus buntu untuk berfikir lebih jauh,berfikir akan masalah ummat.

Kesimpulannya demokrasi boleh diibaratkan seperti virus dalam sistem yang kita amalkan ini.Selagi virus ini wujud selagi itulah kita akan terus berpecah.Sekadar pandangan.Wallahualam....

Monday, 12 July 2010

'Mereka' Mencuri Umurku

Kata P.Ramlee barang yang lepas jangan dikenang tetapi bagiku setiap detik yang lepas itu membuat aku semakin menyesal dengan diriku,menyesal dengan apa yang telah aku lakukan.Kerana apabila difikirkan kembali dengan umur yang dianugerahkan Allah Azza Wa Jall ini aku keliru apakah tujuan aku hidup dibumi tuhan ini sebenarnya.Adakah sekadar menghabiskan masa-masa yang diberikanNya dengan melakukan apa yang orang lain lakukan?Seolah-olah aku ini hamba kepada makhluk yang juga sama lemah seperti aku.Tidak!Aku bukan hamba manusia tidak juga hamba kepada sistem ciptaan manusia ini.

Tetapi bagaimana aku harus keluar dari daerah yang hanya fikirkan manfaat kepada 'mereka' lalu dengan rakusnya 'mereka' terus-terusan melanyak tenaga dan mentalku ini?Adakah perlu aku menjadi seperti sufi yang mengambil sikap melarikan diri dari kehidupan dunia dan memikirkan dunia selepas mati sahaja?Tidak!bukan itu matlamat tuhan menghidupkan aku dimuka bumi ini.Jika itu yang tuhan inginkan maka tidak perlu Muhammad bin Abdullah nabi kita yang kita kasihi itu bersusah payah menyebarkan risalah tuhannya ke sekelian alam ini.

''Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)''An-Nisaa' :75

Semenjak jatuhnya kehidupan islam dibawah payung seorang khalifah dunia ini seakan-akan membenci ummatMu Ya Allah.Setiap muslim bagi 'mereka' hanya seperti binatang peliharaan yang mana 'mereka' perlu bijak menjinakkannya lalu mereka menunggangnya tanpa langsung ada nilai manusiawi.

Monday, 5 July 2010

Al-Aqsa Melambaimu...



Dimana lelaki?
Dimana tentera?
Dimana mujahiddin yang berjuang dijalan Allah?
Dimana negara khilafah?

Wahai muslimin...

Aku mendengar banyak suara,
Tetapi aku tidaj melihat sebarang tindakkan...

Masjid Aqsa berkata:
Sesungguhannya mimbarku mngerang kesakitan oleh khutbah yang tidak bermakna dan tidak aku perlukan...

Dimana hakim yang bernama muhibbudin,
Ibni Zakiyuddin yang memulakan khutbah pembebasanku dari tentera salib.........