Sunday, 30 May 2010

Masjid Abu Bakar Dan Non Muslim

(Lokasi:Masjid Abu Bakar,Johor Bharu)

Kompius aku tengok notice board ni,salah ke non muslim masuk masjid,apa ruginya pada pihak masjid,nak kata takut kecurian..rasanya org islam lagi ramai kot kat dalam penjara tuh!

Benarkah islam melarang bukan islam masuk masjid?mana dalilnya!?amat memalukan masjid yang dibanggakan rakyat Johor dengan seni bina kerajaan Turki Uthmaniyah ini kini 'menutup pintu' untuk bukan islam mendekatinya..come on la..nilah salah satu faktor islam lambat berkembang kat Malaysia ni..berikut petikan dari web uzar berkenaan larangan non muslim masuk masjid.

Sudah 53tahun wilayah islam ini 'berdikari' tanpa bantuan British(merdeka?) tetapi non muslim masih lagi 'blur' tentang agama wahyu ini.Sepatutnya makin hari mereka semakin faham islam tetapi ini tak semakin hari semakin bermusuh pulak mereka dengan kita.Jelaslah disini keberdikarian pemerintah kita hari inilah yang menyebabkan semua ini berlaku.Ketidakfahaman non muslim tersebut sengaja dibiarkan mereka.

Inikah yang dikatakan 'negara islam' sebagaimana yang pemerintah kita labelkan?atau negara yang islamnya hanya untuk mengambil hati penduduk majoriti(melayu) sedangkan nilai islamnya langsung tidak menampakkan hal tersebut?

Ah long Dan Muslim

.
(Lokasi:Taman Cahaya Masai,Pasir Gudang)
Nah,pinjaman khas untuk islam plak dah?tak taula siapa dalang disebalik iklan ini..mungkin PUSAT ZAKAT kot..!
.
Beginilah kedaan umat hidup didalam daulah kufur,ekonomi acuan kapitalis menyebabkan umat semakin terbeban dengan hutang,hinggakan 'pak lebai' pun sanggup pinjam bank untuk hidup,kononnya kemaslahatan dibenarkan syarak..walaupun islamic bank cuba untuk keluar dari sistem ini tapi hakikatnya islamic bank tak dapat lari sepenuhnya..bank adalah sesuatu yang asing dalam islam..Bank Islam mengatakan transaksinya tidak riba,tetapi bayaran balik dan pelbagai syarat yang dikenakan masih lagi membebankan umat!!
.
Ketika daulah islamiyah hanya baitulmal yg mengurus ekonomi umat..perlu ditekankan konsep baitulmal tidak sama dengan bank yang ada sekarang ni...rujuk:
..ermmm riba tetap riba 'pak lebai' oi..
.
Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah,
Nabi bersabda bermaksud :"Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba."
Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?."
Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya."
.
..renungkanlah!

Saturday, 29 May 2010

Kapitalisme Dan Jenayah


Masalah yang tak pernah selesai.Naik meluat aku nk baca 'paper' (tajaan kerajaan Malaysia).Tiap2 hari kita dihidangkan dengan isu lapok yg tak bersesudahan ni.Tak ada isu lain ke penulis nak saji kat rakyat malaysia selain isu yang tak membangun minda ni??

Kononnya mereka pihak berkuasa dengan penuh iktikad mengenakan pelbagai cara bagi mengurangi kadar jenayah ni dari terus meningkat.Kepala hotak,diorang ingat rakyat ni tak ada otak ke nak pikir..!Yang aku nampak,kerajaan takkan sesekali akan menghapuskan jenayah,sebab apa?sebabnya jenayahlah yang buat duit untuk kerajaan selama ni,salah satu contoh terang lagi nyata adalah isu judi bola sepak,bagaimana cara fikir pemimpin sekular kita menggunakan otak mereka.Lihatlah bagaimana yang haram dihalalkan bagi memenuhi duit poket kerajaan ini.Selain cukai,ini salah satu cara sesebuah negara kapitalis mencari income. Semua tu hanya retorik semata-mata,mana mungkin mereka menghapuskan terus ''periuk nasi'' bagi kerajaan 'anak didik british' ni..

Kenapa kita sebagai muslim lebih mengutamakan solusi barat sedangkan kita mempunyai hukum sendiri yg di digali dari sumber yg qat'i yakni Al-quran dan Hadis...lihat betapa kita jahil dlm memahami deen sendiri..islam hanya dihidupkan di masjid2 shj..sedangkan Al-Quran dgn jelas mewajibkan kita berhukum dgn apa yg diturunkanNya...!


"....sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir."QS Al-Maidah 44


"....sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim."QS Al-Maidah 45


"....sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."QS Al-Maidah 47